Terima Kasih Semua !

Thursday 20 June 2013

Film Review : World War Z

Cerita bermula dengan penuh nilai-nilai indah kekeluargaan. Macam keluarga kita kat Malaysia ni.. bangun pagi mandi,, sarapan pagi.. namun.. tu semua hanya sementara.. World War Z mula diserang virus aku rasa pd minit ke 5.. Virus yang aku rasa sampai aku pun turut berjangkit.. hahaa.. permulaan cerita yang indah disusuli adegan mencemaskan yang tiptop! 

Tidak berhenti setakat itu, tanggungjawab Brad Pitt sebagai bapa yang dilakonkan dalam filem ni terus teruji dengan pelbagai aksi yang mendebarkan.. menakutkan.. memeranjatkan.. hahaha... kalau x tekejut.. x melompat dari seat anda memang kental.. hehee 

Pertengahan cerita menceritakan tanggungjwb Brad Pitt kepada dunia secara umumnya dan keluarga secara khasnya. banyak unsur lucu dan mendebarkan diselitkan. sebagai contoh, menggunakan basikal sebagai kenderaan untuk ke kapal terbang. jarang kot tengok pelakon terkenal bawak basikal dalam filem mahal mcm ni,, ahhaa

Penggunaan grafik dan solekan terhadap zombi dilihat amat berjaya. Unsur-unsur menaikkan negara yahudi juga turut menjadi satu plot daripada keseluruhan cerita ini. Nasihat saya, kalau nak tengok filem ni, sila berfikiran terbuka dan jangan terlalu jumud. Dan jangan pula terpengaruh dengan agenda yang cuba dibawa.

Kehebatan pelakon dan kesan bunyi yang baik dapat dilihat dalam filem ini. jalan cerita yang sentiasa mendebarkan tidaklah terlalu berterusan. (bagi kita rehat kot). namun, hasil kerja produksi bagi filem ini wajar dipuji. 

pengakhiran cerita dilihat agak perlahan. namun ianya masih dalam kategori "ok". bagi saya sendiri, sesiapa yang menggemari filem yang mempunyai unsur ketakutan, debaran, terkejut, sila tengok filem ni.. walaupun penuh dengan aksi.. namun mesej kekeluargaan itu masih ada..

Akhir kata, dari segi kemusnahan bandar US yang menjadi misi utama filem dark night rises, transformers dan man of steel,, filem World War Z mendahului dengan menghancurkan satu dunia.. haha hebat x hebat eropah buat filem.. :) 

8.5/10

p/s : israel bina tembok untuk menghalang zombi katanya,, bukan untuk pisahkan israel/palestin ke? hmmm


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...