Terima Kasih Semua !

Monday 8 August 2011

IMBAS BERITA : Bapa Kejam,, Anak 12 Tahun Jadi Mangsa !!

KANGAR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku bersalah merogol anak kandung sendiri yang ketika kejadian berusia 12 tahun.
Pengawal keselamatan di kompleks bebas cukai Wang Kelian berusia 39 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad.

Tertuduh didakwa merogol mangsa di kawasan hutan jati di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, tahun lalu dengan alasan keluar mencari rebung.

Wan Norzanuar ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan perbuatan tertuduh serius dan kejam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Perbuatan yang kamu lakukan begitu serius, kejam serta terkutuk. Ia bukan saja salah dari segi agama, malah turut menyalahi undang-undang.


“Sebagai bapa, kamu patut melindungi anak kamu, tetapi kamu yang merosakkannya dan apa (kerosakan) yang sudah kamu buat itu tidak boleh lagi dikembalikan kepada anak kamu. Jadi saya jatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan,” katanya.

Tertuduh sebelum ini mengaku salah terhadap tuduhan itu dan sebaik hukuman dibacakan, dia kelihatan tenang tanpa sebarang reaksi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai memohon mahkamah mengenakan hukuman berat termasuk tindakan tertuduh yang dilihat tanpa belas kasihan semata-mata mahu memuaskan nafsu.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian pada 22 November tahun lalu, kira-kira jam 4.30 petang, tertuduh mengajak anak perempuannya memasuki kawasan hutan jati di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar mencari rebung sebelum merogolnya.


Tertuduh dikatakan memaksa mangsa menanggalkan seluar sebelum dirogol, malah mangsa turut diugut tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.


Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan bapanya itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kaki Bukit sebelum tertuduh ditahan dan mengaku bersalah.


p/s : sumber : myMETRO


21 comments:

  1. dtg buat terjahan dari bloglist group 1..hope shat2 slalu ye

    ReplyDelete
  2. hehee~~ alhamdulillah sehat! ^^

    ReplyDelete
  3. sampai hatinye ayah dia.sob T___T

    ReplyDelete
  4. hermm,,, tau x per,,,, nseb dak tuh,,

    ReplyDelete
  5. astagfirullah..mmg dunia akhir zman..bpak rogol anak..hmm..+_=

    speechless..

    ReplyDelete
  6. kesian budak tu ... bapa sendiri yg merogol. kenapa nak buat anak klu utk dirogol ???

    ReplyDelete
  7. kan dh musnah mse dpn anak 2..
    mcm xsetimpal je hukuman tuh..
    patut kasi terus..ahahaha

    ReplyDelete
  8. salam tumpang tingal link sikittt
    WATCHING ONLINE MOVIE WATCHING
    HBO,ZEEL CHANNEL,SPOT CHANNEL,GOLF
     CHENNAL.B4U CHANNEL ,TV3 .TV1 ,NATIONAL GEOGRAFI
    ,ANIMAL PLANET,DISNEY CHANNEL
    HISTORY CHANNEL  AND MORE
    CHANNEL FREE JUST CLICK LINK CLICK TO WATCHING 
    LISTEN MALAYSIA RADIO ONLINE CLICK LINK TO LISTEN
    LISTEN iNDONESIA RADIO >CLICK TO LISTEN

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. ya Allah!!! manusia akhir zaman

    ReplyDelete
  11. sanggup nye bpak die! kejam!!

    ReplyDelete
  12. hushhh,, mmg kejam,, tol tuh,, kasi je trud,, kih3

    ReplyDelete
  13. bengong la kalau ayah camtu..tmbh2 kalau rogol tu budak kcik..
    pelik ah..bnfsu sgt ke tgk budak kecik ni?bini ada..rogol bini laaa.

    ReplyDelete
  14. uishh,,, biler syaitan dah menguasai dri,,, huuu

    ReplyDelete
  15. mintak jauh la sumer bnda tue..amin...slmt berpuasa...

    http://tirahmaganda.blogspot.com/2011/08/amaran-untuk-pembaca-yang-berani-sahaja.html

    ReplyDelete
  16. syabas kat dak ppuan tu sbb klua dr belenggu kena rogol ngn bapa sendiri n wat laporan polis..kesian kat mereka2 yg tkde kekuatan utk kelua..

    ape pon ..just nk share..sy pnah bace inteview ngn para2 bape yg tgh dlm penjara sbb kes rogol.. ada antara dorang yg bg jawapan "kita yg tanam benih, kita la yg rase hasilnye dulu"... aduhai..nauzubillah..
    mintak dijauhkan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...