Terima Kasih Semua !

Tuesday 19 July 2011

Jum selidik Rumah Api Iskandariah !!

Salam!!
monumen apakah ini?? haaha,, nie la Rumah Api Iskandariah,,
Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir Purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban dunia.
Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.
Lukisan Martin Heemskerck.
Menurut legenda, Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun, Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta inskripsi: Sostratus, anak Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak pelayar dan penelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.
Cerita-cerita dongeng pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km. Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian: bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. Berhala Poseidon didirikan di puncaknya pada zaman Empayar Rom.
Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali piramid Agung Kufu) yang roboh.
Dua gempa bumi pada 1303 dan 1323 telah meruntuhkan bangunan agung ini.

^_^
p/s : indah bumi nie kan,,, byk sejarahnya yg tersendiri...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...