Terima Kasih Semua !

Tuesday 19 July 2011

Hubungan Israel - Amerika Syarikat !!

Salam!
entry nie just kongsikan fakta belaka ok,, ehhee bukan bertujuan untuk melaga lagakan dunia negara,,
Hubungan dua hala Israel-Amerika Syarikat merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah . Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan ketara ke atas Israel adalah pemberian bantuan luar yang sentiasa dipantau oleh Kongres selain daripada isu lain yang yang timbul dalam hubungan dua hala. Sikap mengambil berat Kongres ini telah mempengaruhi polisi pentadbiran dalam jangka masa lebih kurang 60 tahun sehingga ke hari ini.
Hubungan dua hala ini ini telah berkembang dari polisi bersimpati dengan nasib Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara yahudi pada tahun 1948 ke satu perkongsian luar biasa yang menghubungkan negara kecil tetapi kuat dari segi ketenteraan iaitu Israel, kepada kebergantungan dengan Amerika Syarikat untuk kekuatan ekonomi dan ketenteraannya, pada masa yang sama kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk mengimbangi kepentingannya di rantau Timur Tengah. Sesetengah warga Amerika mempersoalkan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa komitmen ini bertentangan dengan hubungan di antara A.S. dengan negara-negara Arab yang lain. Selebihnya pula berpendapat bahawa negara demokrasi Israel merupakan sekutu strategik dan hubungan dua hala, dengan Israel memperkuatkan pengaruh Amerika di Timur Tengah. Israel merupakan salah satu daripada dua negara sekutu asal bukan dari gabungan NATO di Timur Tengah. Kini terdapat tujuh negara sekutu bukan NATO di Timur Tengah Besar.
Pada 14 Mei 1948, Amerika Syarikat, di bawah Presiden Harry Truman menjadi negara pertama di dunia mengiktiraf kewujudan negara Israel. Pada masa yang sama bekas presiden Amerika dengan dorongan kumpulan sivik, kesatuan pekerja, parti politik, dan ahli komuniti-komuniti Yahudi Amerika dan dunia, menyokong konsep yang dicanangkan dalam deklarasi Balfour oleh Britain pada tahun 1917 mengenai pendudukan Yahudi. Satu isu penting yang mengeruhkan kedudukan Palestin dalam kerajaan A.S. dan Britain adalah beberapa perjanjian yang dibuat oleh pemimpin Palestin dengan Jerman. Jerman didakwa telah berjanji untuk membebaskan Palestin dari belenggu British dan membantu mewujudkan negara berdaulat bagi mereka.
Presiden Harry Truman berjumpa dengan Perdana Menteri Israel David Ben Gurion (kanan) dan Abba Eban (tengah) pada 8 Mei 1951.
Keputusan menyokong Israel ini masih dipertikai kerana dengan terdapat perbezaan antara Truman dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam mengendalikan situasi ini. Truman merupakan seorang penyokong pergerakan Zionis, manakala Setiausaha Negara George Marshall bimbang sokongan A.S. ke atas negara Yahudi akan menjejaskan hubungan dengan dunia Islam, menyekat laluan bekalan minyak di Timur Tengah dan menyebabkan ketidakstabilan rantau itu. Pada 12 Mei 1948, Marshall berkata kepada Truman yang dia akan menentang pihak lawan dalam pilihan raya akan datang sekiranya A.S. bertindak mengiktiraf Israel. Akhirnya, Truman telah mengistiharkan kewujudan negara Israel hanya 11 minit selepas Israel diishtiharkan. Pengiktirafan rasmi telah diberikan pada 31 Januari 1949.
Dalam situasi geopolitik yang berbeza, polisi A.S. bertujuan menyokong pembangunan negara-negara pengeluar minyak yang bersikap berkecuali dalam konflik Arab israel, dan menghalang pengaruh Soviet bertapak di Iran dan Turki. Penggubal dasar luar Amerika telah menggunakan bantuan luar untuk menyokong matlamat-matlamat ini pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.
Pada tahun-tahun awal, Amerika Syarikat telah membekalkan jumlah bantuan yang sederhana (kebanyakannya dalam bentuk pinjaman) ke Israel, dan penyokong utama Israel ketika itu seperti Perancis membekalkan teknologi ketenteraan canggih. Sokongan ini adalah untuk menentang ancaman dari Mesir di bawah Presiden Gamal Abdel Nasser mengenai terusan suez
Semasa krisis Suez pada tahun 1956, A.S. yang bimbangkan sokongan Soviet kepada Mesir, memaksa gencatan senjata ke atas Britain, Perancis, dan Israel. Kemudian, Nasser telah mencadangkan hubungan yang lebih erat antara negaranya dengan Amerika Syarikat. Oleh sebab mahu menyebarkan pengaruhnya di rantau itu, dan mencegah Nasser dari bersekongkol dengan Blok Soviet, polisi A.S. pada masa itu adalah untuk menjauhkan dirinya daripada Israel. Pada awal tahun 1960-an, A.S. bukan sahaja menjual senjata canggih kepada Israel (peluru berpandu anti pesawat Hawk), tetapi juga kepada Mesir dan Jordan.
^_^
p/s : byk nyer negara bersekongkol ngn Amerika nie kan,,, hermm,,,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...