Terima Kasih Semua !

Monday 25 July 2011

IMBAS BERITA : REMAJA MANGSA ROGOL DERITA , PENSIL DI DALAM KEMALUAN !!



Remaja mangsa rogol derita, pensil di dalam kemaluan

KUALA LUMPUR 21 April – Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.
Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.
Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.
“Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.
“Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.
Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.
Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.
Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.
Katanya, mereka ditahan kerana disyaki terlibat merogol dan bersubahat dalam kejadian tersebut.
Jelasnya, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap bayi tersebut selepas ia dilahirkan bagi mengetahui bapanya.

13 comments:

  1. eiiii...jahat giler bab1 perogol tu...jahanam puye budak...

    ReplyDelete
  2. mmg jahat!! kecik2 dah wat prangai,, husshhh~~

    ReplyDelete
  3. kesian nyee budak tuhh... hm budak2 skrg pon dah [pandai...

    ReplyDelete
  4. mmg kesian kan~~ herm,,, spe yg ptut dipersalahkn??

    ReplyDelete
  5. kecik2 lagi dh pandai rogol orang macam mana la kalau dah besar nanti huhuhu

    ReplyDelete
  6. dah besar jdi pro r dia,, ahaha

    ReplyDelete
  7. apa la budak2 sekarang 1001 step ahead dr segi tuw tp belajar x plak

    ReplyDelete
  8. inilahh remaja skrggg... pegi skola ptut stdy. niiii merogol plakkkk.. aduyaiiii insaplaaa

    http://yanadimple.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. aimaniman : tau xpe,, blaja ntah ke mana,, bende cmtu plak yg hebat,, yana : slah spe ek hal cmnie?? minx pandangan,,

    ReplyDelete
  10. tetak je budak cmni,, huuhuu

    ReplyDelete
  11. salah ibubpa sbb tak amek tahu prubhn prgai ank tuuu.. kalau da kne rgol kompem prgai brubah oke. slaa bdk pmpn tu jgkkk mgkin ta jge tgkah laku, tamo share prob ngn wn n fmily, tndkan mndiamkn diri ta btul sbb org yg slh dr awl2 lg ptut kne tgkapppp !!! slh pihk skola knpe hal rgol boleh jd kt pdg skola plak??? tade yg jge??? slh dr bnyk pihk. tats y sume kne bstu utk cegah hal niii :)

    ReplyDelete
  12. hahaa~~ kan yanadimple dah mrh da,,, betul kata yana tu,, ibu bapa rsenya pling utama kne main peranan,, pengaruh rakan sebaya pun leh jdi gak kan,, siap leh tolong kepung2 g,, hushh,,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...