Terima Kasih Semua !

Tuesday, 26 July 2011

IMBAS BERITA : KHEMAH MISTERI DALAM HUTAN RUPA-RUPANYA SARANG MAKSIAT !!



‘Khemah misteri’ dalam hutan rupa-rupanya sarang maksiat

GERIK 3 Okt. – Kemunculan sebuah ‘khemah misteri’ di dalam hutan di Simpang Perah, Kampung Kuala Rui di sini, sejak Ramadan lalu, terbongkar apabila rupa-rupanya menjadi pusat maksiat.
Ini berikutan tertangkapnya dua pemuda dan seorang gadis hasil serbuan empat pegawai Pejabat Agama Islam daerah tengah malam tadi.
Sepanjang Ramadan lalu, khemah di bawah rimbunan pokok buluh dan terlindung daripada pandangan umum itu dijadikan sarang maksiat.
Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu diketuai oleh Ketua Penguat Kuasa Pencegah Maksiat pejabat itu, Mohd. Ikbal Mohd. Rosli dengan dibantu dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Menurut Mohd. Ikbal, kegiatan suspek-suspek yang kesemuanya berusia 21 tahun berjaya dihidu penduduk setelah dilihat memasuki khemah itu, pukul 10.15 malam.
Katanya, siasatan mendapati khemah berkenaan yang didirikan sejak Ramadan lalu terletak kira-kira 100 meter dari sebuah rumah penduduk di kampung itu.
“Mereka datang ke situ dengan berjalan kaki selepas meninggalkan motosikal untuk ke sarang maksiat itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam khemah itu menemui tilam, botol-botol minuman keras serta sejumlah kondom baru dan yang telah digunakan.
“Ia membuktikan kawasan itu telah dijadikan sarang maksiat. Mereka mengaku telah mula melakukan maksiat sejak sebelum Ramadan malah makan dan minum di situ ketika bulan puasa,” katanya.
Menurut Mohd. Ikbal, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak kerana melakukan maksiat yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun.
“Kita berharap agar ibu bapa dapat mengawasi kegiatan anak-anak dengan memberikan didikan agama sempurna agar mereka tidak terjebak ke lembah hina,” katanya.

14 comments:

  1. macam macam hal kan sekarang..naseb x gali kubur sendiri je buat maksiat dalm tu..boleh kambus terus

    ReplyDelete
  2. hahaa,, kan senang kan cmtu,,

    ReplyDelete
  3. due pemuda dan seorang gadis?kelassss...3some.hahaha!!

    ReplyDelete
  4. amboi perigibuta,, ahahhahaa ^_^

    ReplyDelete
  5. aiyo! bulan ramadhan? hurmmm~

    ReplyDelete
  6. dh nk pose nie zam~~ huuhuu

    ReplyDelete
  7. huh!! teruk dah la miskin hina lagi tuh!! cesss.. huhu sori uLan termengamuk pula

    ReplyDelete
  8. YA allah...ape la nak jadi remaja sekarang...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. mak aaaaiiii.....boleh plak...o.O

    hi..popoi..:)baru jew follow, ti follow back k.jgn lupa skrol smpi kat bawh dn letk popoi punya link kat mister linky k..TQ

    ReplyDelete
  11. lmao. kat ladang kelapa sawit bersepah kot.

    ReplyDelete
  12. sme2 la kita sling ingat mengingati,, huu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...