Terima Kasih Semua !

Wednesday, 2 January 2013

Aku, Kaktus dan Kehidupan

Salam,,
Baru sahaja selesai exam, kepala aku terus ringan, esok pulak exam, harap-harap semua lancar dan dipermudahkan olehNya.. balik2 tadi sampai je bilik aku terpandang pokok kaktus ni.. aku dapat kaktus ni masa aku daftar kelab penyayang.. kaktus ni separuh mati separuh hidup kot.. aku yang sibuk memanjang, pokok pun lupa siram.. kesian pada makhluk Tuhan yang kecil molek ini... maafkan saya yer... 

terdetik untuk aku menulis tentang kaktus ni sebab.. walaupun dia x boleh bergerak.. tapi dia nak n cari cahaya matahari untuk terus hidup.. fakta, dalam badan manusia je kita perlukan 70% air.. macam mana kita perlukan air dan cahaya matahari.. macam itu juga lah tumbuhan.. bukan pasal air dan cahaya matahari yang aku nak tulis.. tapi pasal usaha dan kudrat yg kita ada untuk teruskan hidup..


tengok sahaja gambar ini, terpapar wajah manis adik berbaju kuning tu menyuapkan abangnya makanan walaupun hanya meggunakan kaki.. tiada tangan tidak menjadi halangan padanya.. walaupun kudratnya dilihat lemah,, namun keupayaannya itu di hargai oleh abangnya.. syukur atau tidak kita yang dilahirkan sempurna ini? 

"Jika engkau menghitung nikmat Allah,,, "
Nescaya engkau tak akan pernah mampu menghitungnya,,
Maka Bersyukurlah,,,


ini merupakan satu lagi contoh terbaik keutuhan dan pengorbanan yang ditunjukkan seorang wanita buta..
buta tidak menjadi alasan untuk beliau membaca,, buta tidak menjadi alasan untuk beliau menjadi seorang yang pemalas,, buta tidak menjadi alasan untuk beliau terus bergelap dibuai mimpi... jika kita mahukan sesuatu untuk terus hidup,, nescaya kita sendiri akan terus berusaha sehingga kita benar-benar berjaya kelak.

Kesedihan itu takkan abadi...
Roda kehidupan selalu berputar...
Ada kalanya bahagia terasa...
Ada kalanya sedih merintih dan juga air mata...
Tapi tahukah kalian?

Ada Dia yang selalu menatapmu lembut...
Dia tahu yang terbaik untukmu...
Dia memberi apa yang engkau perlukan...
Bukan selalu menuruti apa yang engkau inginkan...

Semua yang terjadi juga kerana kehendak-Nya...
Semua yang berjalan sesuai rencana-Nya...

Jadi untuk apa engkau resah atas sesuatu yang belum pasti?
Bukankah janji-Nya itu pasti?
Dia-lah Allah yang Maha Mengetahui...

Dia yang maha memberi...
Dia akan memberikan kepadamu segala apa yang engkau mohonkan kepada-Nya...

Kita sebagai hamba Nya,, tidak lepas dari berbuat kesilapan.. tidak lepas daripada sifat lalai akibat daripada kemewahan dunia yang bersifat sementara.. jika kita diberikan ujian dariNya,, menangis,,, merintih,,, merayu,,, mohon dipermudahkan,,, jika sudah dipermudahkan,,, adakah kita bersyukur dengan nikmat yang diberi... aku bukanlah ustaz nak memberi ceramah,, aku bukan lah pendakwah nak memberi dakwah bebas,,   dan aku juga bukanlah seorang manusia yang sempurna dan pasti aku juga tidak lepas daripada berbuat kesilapan demi kesilapan...


dalam meniti hari demi hari,,, usia semakin meningkat,,, peranan kita sebagai anak semakin besar.. tanggungjawab kita sebagai anak, pelajar, pekerja semakin berat... sedih melihat isu-isu disurat khabar mengatakan anak membuang emak/ayah dijalanan,meletakan mereka dirumah orang tua-tua.. simpati aku mendengarnya,,, sedeh aku membayangkanya,,, aku bermohon kepadamu ya Allah,,,, jauhkanlah aku daripada sifat keji itu,,,, hanya diriMu yang tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang... aku bersyukur  diberikan keluarga dan rakan-rakan seperti sekarang....

Khas untuk ibu dan ayah kita...

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.



aku tulis entry ni bukan nak cakap aku bertuah,, bukan nak beritahu aku ni baik,,, bukan nak beritahu yang aku ni sempurna, aku hanya mengingatkan diriku dan semua tentang betapa besarnya nikmat yang perlu kita syukuri.. daripada kaktus yang aku perhatikan tadi,,, aku sedar,, banyak lagi aku perlu belajar.. nikmat syukur boleh bergerak mendapatkan apa yang kita kehendakkan,, berbanding kaktus yang hanya duduk diam didalam pasu menunggu hari untuk mati... moga penulisan ini membuka lembaran baru tuk aku dan kawan-kawan semua di awal tahun 2013 ni,,,
InsyaAllah,,,

salam!! xoxo!!
ikhlas : poi




4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...