Terima Kasih Semua !

Tuesday 19 July 2011

Tahukah anda ape posmen buat ??

Salam!!
entry tuk mlm nie sal posmen,, heee
Tahukah anda berapa pucuk surat yang diproses di pejabat pos setiap hari? Purata 140,000 pucuk surat sehari! Jumlahnya bertambah lebih sekali ganda pada musim perayaan. Sebelum diproses di pejabat pos untuk diserahkan kepada para penerimanya, surat-surat itu terlebih dahulu disaring mengikut destinasinya. Kerja ini dilakukan menggunakan mesin di pejabat pos besar iaitu tempat pengumpulan semua surat bagi setiap negeri.
Sebelum keluar menghantar surat, posmen akan mengasingkan surat di stesen kerjanya (work station). Surat-surat itu diasingkan mengikut alamatnya. Pos Malaysia mempunyai lebih 682 pejabat pos dan lebih 328 pejabat pos mini di seluruh negara.
Surat-surat akan sampai di pejabat pos besar pada sekitar pukul 7.30 pagi. Surat-surat ini dibawa dengan dulang(tray) untuk diproses di Bahagian Serahan. Bahagian ini terlindung daripada pandangan orang ramai yang biasa datang untuk berurusan di pejabat pos. Dulang-dulang akan ditimbang untuk diketahui purata bilangan surat untuk setiap hari.
Pada kira-kira pukul 11 pagi. Posmen akan mula keluar dengan motosikal untuk menghantar surat. Kerja menghantar bungkusan dan bagasi pula dilakukan menggunakan van.
heehee
^_^

p/s: cmtu rupanya kan,,, kje mne la x pnat,,, ^_^

2 comments:

  1. teringat siaran majalah 3 ttg keje pos neh suatu ketika dulu~ :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...