Terima Kasih Semua !

Tuesday 19 July 2011

Jum kenali Ibrahim Pendek !!

Salam!!
mlm nie kita bce skit2 la k sal pelakon hebat nie,,
Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang LapokNasib Labu-Labi dan Keluarga Si Comat.
Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Roadpada tahun 1962. Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.
Selepas lama menyepi dari dunia lakonan, beliau banyak menghabiskan masa dengan perniagaan menjual makanan disekitar tempat tinggalnya di Cheras, Kuala Lumpur. Walaupun banyak menerima tawaran berlakon, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana kesihatan beliau yang tidak mengizinkan dan beliau bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Walaubagaimanapun, beliau sempat menghabiskan sebuah "telemovie" (VCD) dan ia juga merupakan lakonan terakhir beliau bertajukSelamat Hari Jadi Abah.
Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 71 tahun pada 25 November, 2003 pada pukul 9:00 pagi ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri, selepas menjalani pembedahan di bahagian perut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, beliau telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu akibat penyakit buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.

p/s : moga rohnyer dicucuri rahmat,,,, ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...