Terima Kasih Semua !

Thursday 21 July 2011

Korunk suka nasi lemak ??!!

Salam!!
entry bru bgun tido nie,,, ehheee
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Pemakanan Asal

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawet, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

Kontroversi

Semasa Persidangan kesihatan kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.

^_^

p/s : aku suka nasi lemak,,,, ^_^

2 comments:

  1. nasi lemak mengantukkan. kalau kekadang makan, okaylah, suka jugak.kalau selalu, muak jugak dan menggemukkan.

    ReplyDelete
  2. haaaaha,, tpi sedap lorh,, ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...