Terima Kasih Semua !

Thursday 21 July 2011

Ape kerja BIDAN bebenOOORNYerr ??!!

Salam!!
sal bidan yer entry kedua nie,, ehheee
Bidan ialah wanita yang ditugaskan untuk membantu seseorang wanita melahirkan anak. Dalam masyarakat kampung tradisional, bidan ialah wanita yang berpengalaman dalam hal ehwal menguruskan wanita mengandung dan bersalin, biasanya agak berusia. Mereka mengetahui tentang perubatan tradisional yang banyak mengunakan tumbuhan herba. Bidang kampung ini biasanya diberi upah dan mestilah ditempah terlebih dahulu. Upah dalam bentuk pengeras.
Dalam masyarakat Melayu Islam bidang tugas ini sering disandang oleh wanita soleh(beriman)yang berkebolehan menguruskan wanita. Tugas bidan adalah tugas yang dianggap mulia oleh masyarakat setempat.
Di tepian Sungai Perak, bidan kampung dijemput oleh sang suami dengan sampan dan pada saat-saat akhir, bidan ini akan tidur / menginap di rumah wanita yang bakal melahirkan anak. Ini kerana masalah pengangkutan untuk menghantar dan menjemput bidan ini.
Bidan adalah orang penting untuk upacara atau masalah yang berkait dengan wanita mengandung, kelahiran dan bayi, antaranya :
  • Melahirkan Anak
  • Melenggang Perut
  • Cukur Jambul
  • Sunat Untuk Bayi Perempuan
  • Menguruskan hal Bayi songsang
  • Tumpah Darah
  • Keguguran
  • mandul
  • Mohon Bayi Lelaki
  • Urut sebelum / selepas bersalin
Dalam zaman moden ini, bidan telah diserap dalam perkhidmatan kesihatan moden dan dilantik dalam jawatan yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan setelah mereka mendapat latihan perbidanan di Sekolah Jururawat dan dikenali sebagai bidan kerajaan. Bidan yang tidak dilantik kerajaan pula, biasanya dikenali sebagai bidan kampung. Biasanya bidan kerajaan ditempatkan di kampung-kampung yang mempunyai klinik desa dan meronda dari rumah ke rumah wanita yang mengandung, bakal melahirkan anak dan selepas melahirkan anak.
Bagi mengelakkan pertikaian antara bidan kampung dengan bidan yang dilantik oleh Kementerian kesihatan ini, mereka mengadakan hubungan silaturrahim terlebih dahulu dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Bidang perubatan tradisional ini masih kekal sungguhpun peranannya berubah mengikut perkembangan zaman.

^_^

p/s : wah2,,, spe berminat nk jdi bidan???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...