Terima Kasih Semua !

Friday 29 July 2011

KECOH SELUAR DALAM, COLI CORAK HARIMAU !!



GEORGE TOWN 29 Julai - Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.
Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.
Beliau berkata, pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.
"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamed Ghani berkata, gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.
Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.
Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - Bernama

P/S : MCM2 LA MALAYSIA~~ +_+

3 comments:

  1. When I originally left a comment I seem to
    have clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and now whenever a comment is added I get 4 emails with the exact
    same comment. Is there a way you can remove me from that service?
    Appreciate it!

    Review my page :: クリスチャンルブタン

    ReplyDelete
  2. Spot on with this write-up, I seriously think this amazing site needs far more attention.

    I'll probably be back again to read more, thanks for the advice!

    Also visit my blog ... chloeoutletstore2013.com

    ReplyDelete
  3. If some one needs to be updated with most recent technologies after that he must be visit this web page and be up
    to date daily.

    Feel free to surf to my web-site: トリーバーチ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...