Terima Kasih Semua !

Friday 29 July 2011

IMBAS BERITA : Rogol Warga Emas Penjara 14 Tahun Dan Rotan Kekal !!

Salam!!
PUTRAJAYA 12 Julai - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan terhadap peniaga susu segar yang didapati bersalah merogol seorang warga emas berusia 62 tahun, di hadapan suaminya.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Mohamed Apandi Ali memutuskan rayuan Ahmad Nazari Abd. Majid tiada merit untuk dipertimbangkan dan sehubungan itu tiada alasan untuk mengusik keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.
Ahmad Nazari, 48, yang mempunyai dua isteri dan lapan orang anak, menghadapi dua tuduhan merogol mangsa, seorang penoreh getah, di ladang getah di Kuala Muda, Kedah antara 7 pagi dan 8 pagi pada 13 Disember 2000 dan 27 Disember 2000.
Bagi pertuduhan pertama, dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar tetapi didapati bersalah bagi pertuduhan kedua dan dihukum penjara lapan tahun dengan dua sebatan rotan.
Pada 28 April 2009, Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuan Ahmad Nazari terhadap sabitan dan hukuman. Sebaliknya Mahkamah Tinggi menambah hukuman penjara kepada 14 tahun dan enam sebatan rotan selepas membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan terhadap hukuman tertuduh. - Bernama


p/s : untunglah Malaysia ada polis~~ ^^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...