Terima Kasih Semua !

Friday 22 July 2011

Jum berkenalan dengan TOYOL !!!!

Salam!!
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.
Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.
Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.
Secara ilmiah, toyol hanyalah satu helah pencuri yang bergerak aktif disesuatu tempat. Sekiranya terdapat toyol sebenar, tuan toyol boleh mendapatkan wang yang lebih banyak hanya dengan membuat pertunjukkan, tanpa perlu mencuri.
^_^
p/s : movie toyol nk kluar da,, ahahhaa ^-^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...