Terima Kasih Semua !

Friday 22 July 2011

Jum Berkenalan dengan HANTTU RAYA !!!

Salam!!!
Hantu Raya dalam budaya melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Kelemahan hantu raya

Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
^_^

p/s : nk dekat raya da nie,,, ^_^

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...