Terima Kasih Semua !

Thursday 30 June 2011

6 jenis hantu kat MALAYSIA!!

salam sumer!! 
entry bru g la,, hahaaa,, ntah ppe aku nie kan,,,
hah! ni lak sal hantu,,, korunk2 nie tau ke hantu2 nih berasal dri mne??
ni aku nk cter nih,, eheheh

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Jawa. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai-balai raya yg banyak pokok bunga raya. awas yer kg2 yg de balairaya n pokok bunga raya.. hahaaa


2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah china.entah cmne leh brade kat tanah melayu.Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak!! di tepi langsir. sape2 yg de penyakit jantung,, jgn suke sgt main2 aumm cakk! k,, ehehe

3. Hantu Sardin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.Merupakan seorang taukeh sardin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan sardin. Tidur sardin, makan sardin, minum sardin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Sardin.


4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Melayu . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu .jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu Jerangkung Dalam Almari.. 


5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak.. Lekatlah nama pontianak.


6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung,, Lari..lari!! ..Penanggal datang!!! Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap..dia pun mengilai semahunya. (branie r selak kain aku) 


hahaa,, ni sje hantu2 yg aku leh trangkan,, t len kali lak k,,
sje untuk longgar2kan otot muka,,
jgn bwk dlm mimpi lak k,,
salam!!


p/s : "Manusia jgn jdi Hantu" 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...