Terima Kasih Semua !

Monday 2 May 2011

ISKANDAR MALAYSIA

Iskandar Malaysia beri limpahan rezeki kepada rakyat Johor


2011/05/02

JOHOR BAHARU: Pelaksanaan banyak projek infrastruktur di Iskandar Malaysia merangsang permintaan mendapatkan rumah, tanah dan hartanah di dalam zon ekonomi itu yang mendorong kepada kenaikan harga, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. 

"Trend itu mendorong kepada pelaksanaan banyak aktiviti ekonomi yang dapat dimanfaatkan rakyatnya melalui peningkatan gaji yang lebih tinggi, peningkatan peluang perniagaan dan standard kehidupan yang lebih baik," katanya.
Katanya, ini jelas membuktikan bahawa pembangunan Iskandar Malaysia bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat kontraktor besar dan ahli-ahli perniagaan, malah juga rakyat biasa di Johor.
"Rakyat biasa kini mulai mengecapi hasil projek Iskandar Malaysia dan suntikan dana Pesekutuan yang besar sebanyak RM6.8 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9) untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur," katanya kepada taklimat media mengenai kemajuan Iskandar Malaysia. 

Acara itu dianjurkan oleh Danga Bay Sdn Bhd, syarikat yang diberikan kontrak penswastaan oleh kerajaan negeri Johor pada awal 2000 untuk membangunkan kawasan seluas 720 hektar di sepanjang pesisiran Pantai Lido Johor. 

Ghani berkata, fokus pada keutamaan fiskal bagi Johor akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) (2011-2015) melalui bajet tambahan RM1.39 bilion. 

Kerajaan negeri Johor juga memainkan peranan besar di dalam memacu pembangunan dengan penyediaan RM313.33 juta di bawah Bajet 2010nya bagi pelaksanaan banyak projek infrastruktur. 
Ghani berkata, hampir kesemua projek yang dilaksanakan bagi Iskandar Malaysia mempunyai elemen ekonomi bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan, memberi kesan kepada ekonomi tempatan dan meningkatkan kehidupan rakyat Johor. 

"Projek lebuhraya, sebagai contoh, akan menambah baik secara signifikan akses dan hubungan dan membantu membuka banyak hab perniagaan baharu, sambil mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menyumbangan kepada pengagihan kekayaan," katanya. 

Ghani berkata, beberapa projek sektor swasta tertangguh berikutan krisis kewangan global, terutama pasaran hartanah. 

Bagaimana pun, kebanyakan projek ini mulai dilaksanakan, khususnya segmen kediaman. 

Pembangunan infrastruktur yang besar di Iskandar Malaysia meningkatkan minat dan komitmen dari banyak syarikat hartanah tempatan dan seberang laut. 

Antaranya ialah UEM Land, Walker Corporation dari Australia, Dijaya Corporation, SP Setia Bhd, UDA Holdings, Bandar Raya Developments Bhd, Mah Sing Group, IOI Properties Bhd, Asiatic Development Bhd dan Hua Yang Bhd. 

Ghani berkata, pemain hartanah yakin mengenai peningkatan prospek Iskandar Malaysia dan ini mewujudkan permintaan mendapatkan tanah bagi projek masing-masing, yang sebaliknya akan meningkatkan permintaan rakyat Johor. 

Katanya, rakyat Johor akan mendapat manfaat dari peningkatan nilai hartanah dan peluang pekerjaan yang besar dan ini akan memberikan cabaran kepada kerajaan negeri bagi mengeluarkan ramai pekerja mahir bagi memenuhi permintaan masa depan. 

Bagi memastikan kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan turut mendapat manfaat dari pembangunan Iskandar Malaysia, Ghani berkata, terdapat juga hartanah bagi kategori ini dan juga penyediaan perumahan dan penempatan semula Orang Asli. 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif KGV-Lambert Smith Hampton (Johor) Sdn Bhd, Samuel Tan berkata, pembangunan di Iskandar Malaysia meningkatkan nilai hartanah dan tanah. 

"Nilai hartanah bagi kediaman, komersil, perindustrian dan tanah bagi pembangunan meningkat dengan tinggi. Syarikat-syarikat pemaju mewujudkan bank tanah di Johor kerana mereka menjangka peningkatan nilai di Iskandar Malaysia," katanya. 

Tan berkata, tanah komersil di Danga Bay meningkat 181 peratus daripada 
RM220 sekaki persegi kepada RM400 sekaki persegi dan ini menyebabkan peningkatan modal dan sewaan. 

Katanya, kawasan luar bandar di Johor akan berkembang berikutan peningkatan infrastruktur dan tebaran kawasan komersil yang tidak berpusat sambil kawasan luar bandar akan dibuka bagi pembangunan disebabkan faktor kos. - BERNAMA 

2 comments:

  1. wow..dah macam note nak masuk exam.."baca semua eyh dan pahamkan..esok sy soal"..hahahaha

    ReplyDelete
  2. yer,, sok kuar soaln sal nih dlm exam,, bce yer,, kah3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...