Terima Kasih Semua !

Thursday, 27 November 2014

Hajat Anda?

Salam..
Dah lama poi tak menulis di blog ni.. lepas buang habuk sikit.. rasa nak menulis pula rasanya malam ni..

Masing-masing ada hajat masing-masing, betul tak? Banyak-banyak hajat.. Tersentuh pula hati ni bila menonton rancangan Hajat yang dihostkan oleh Abg Man di Astro tadi.. bukan apa, bukannya beliau yang berhajat, tapi berusaha sedaya upaya nak memenuhi hajat orang lain.. Dalam kes tadi, nak mewujudkan rumah jagaan orang tua-tua.. bukannya senang nak dapatkan tanah yang sedia untuk diwakafkan.. buat panggilan sana sini.. nak pula berunding dengan pemaju.. memang tiada keuntungan jangan harap la nak dapat tanah.. ayat yang paling kurang sedap didengar yang keluar daripada mulut pemaju tadi, " en man, konsep dia senang aje, orang dah mati pun kena guna duit yer.. saya datang sini memang untuk jual tanah"..

Ya saya sebagai penonton tau, mana nak dapat tanah percuma senang-senang kan.. rasanya encik tu tak perasan ade kamera tengah rakam dia.. kalau tak dapat nak jual, tunjuk lah usaha sikit untuk carikan ke, syorkan ke pada pihak-pihak tertentu.. yang disyorkannya " kalau en man nak bincang tentang pembelian, kita boleh duduk minum dulu ke apa ke".. cehh.. kejar untung..

Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara "remeh" macam ni kan.. mungkin kalau poi sekarang ni hanya fikir, nak dapatkan kerja pun susah.. nak shopping pun payah.. nak beli iphone pun separuh mati.. nak beraya kena cari kasut/baju baru.. tapi cuba kita "twist" sikit soalan-soalan tu.. macam ni..

Mereka-mereka yang kurang keupayaan dari segi keewangan, keanggotaan, kemudahan perlindungan.. mereka mesti tanya, " aku ni tiada duit, nak beli makanan pun susah.. aku ni tiada duit, nak beraya macam mana.. aku ni tiada kasut, berselipar orang kata selekeh, aku ni tiada handphone, nak berwhatsapp apatah lagi.. yang aku mampu, melihat orang sekelilingku tersengih - sengih menghadap handphone.. berjalan sakan memakai kasut baru, baju baru..

Mungkin, kita rasa kita lah yang paling hebat diuji.. mungkin kita rasa kita lah yang paling selekeh antara kawan-kawan kita... tapi sebenarnya banyak lagi kita perlu teroka dalam hidup ini..

rupa rupanya, ramai lagi yang hidupnya perlu diberikan perhatian.. daripada siapa? Yer.. daripada kita la.. mungkin kita kata kaki terpijak paku tu sakit untuk berjalan.. tempang la sikit.. tp jum kita lihat mereka yang tidak mempunyai kaki untuk berjalan.. bukan tempang.. nak bergerak pun susah..

Ikhlas poi kata, poi pun kurang ambil perhatian perkara macam ni.. mungkin kesibukan dunia membutakan mata memekakkan telinga.. poi menulis untuk ingatkan diri sendiri..  yang mana hidup ni dipenuhi nikmat.. walaupun nikmat yang kita terima itu kecil.. bersyukurlah.. sebab dengan bersyukur, nikmat yang kecil pun kita dah rasa besar maknanya..

Bukan sahaja bersyukur kan.. tapi berkongsilah.. sifat berkongsi tidak semestinya kongsi duit.. lol.. macam macam boleh dikongsikan.. orang tua tua kata, sharing is caring.. caring is love.. love is happiness.. :)

Soal hajat, poi berhajat bantu diri sendiri untuk bantu orang lain.. tak payah buat misi yang besar besar.. tapi cukuplah mendatangkan faedah yang berpanjangan.. biarlah hajat poi itu menjadi seperti kunang kunang yang berkelip menerangi gelap kelam sesebuah kehidupan.. moga ia akan terlaksana suatu hari nanti..

Buat masa sekarang, poi dalam proses membantu diri sendiri untuk kukuh dalam bidang perniagaan.. moga jalan jalan berliku di depan poi ni memberi kekuatan untuk terus maju kehadapan.. bukan senang nak senang.. tapi senang nak susah.. konsep dan falsafah yang poi pegang dari sekolah dulu.. "jangan pernah berputus asa". Yerp.. setiap masalah ada penyelesaiannya..

Ok.. poi percaya hajat korang pun mesti best juga kan.. poi doakan readers semua capai apa yang dihajati, genggam matlamat yang diidamkan.. jangan putus asa.. itu yang penting kan..

Wish me luck.. hope you guys happy to read this.. jangan ambil hati.. yang baik sama sama jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan...

Salam..
-Poi Ichigo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...