Terima Kasih Semua !

Sunday 6 November 2011

Tahukah anda?? #Sunat dan Makruh ketika Melakukan ibadah Korban

(gbr hiasan)

Salam!

Perkara Sunat Ketika Berkorban

  1. Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
  2. Digantung tanda pada binatang yang hendak dikorbankan.
  3. Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
  4. Disunatkan juga orang yang berkorban menyembelihnya.
  5. Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih korban.
  6. Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan korban.
  7. Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
  8. Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
  9. Sunat bagi mereka yang mahu melakukan korban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berkorban.
  10.  Binatang korban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
  11. Membaca basmalah.
  12. Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
  13. Binatang diarahkan ke arah qiblat.
  14. Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
  15. Berdoa.
  16. Orang yang berkorban hendaklah membaca doa seperti berikut :
  17. “Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
  18. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
  19. “Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu.Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

Perkara Makruh Ketika Berkorban

  1. Berlaku kasar kepada binatang yang hendak dikorbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.
  2. Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan korban.
  3. Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
  4. Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan korban selesai dijalankan.
  5. Binatang yang telah dibeli untuk tujuan korban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk korban.
    p/s : Alhamdulillah,, batal pun kempen mengarut tu,, ^_^


8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha
    kepada semua Umat Islam Seluruh Dunia
    Terutamanya Pembaca Setia Saiazuan Blog (",)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    entry yang bagus

    Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Hans

    ReplyDelete
  3. these are useful infos :')
    salam eidul adha! :)

    ReplyDelete
  4. byk pantang....
    ehhehehe penting bg org yang berkorban

    ReplyDelete
  5. wah, ade yang baru tahu. yang makruh no4 tu, kuku kite ke lembu? eh. haha. tak paham. hee


    btw, thanks for the info.

    selamat hari raye !

    :)

    ReplyDelete
  6. samat hari raya! nbr 4?? hee kku kita,,, ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...