Terima Kasih Semua !

Monday 1 August 2011

Dalam Laut Ada Tamadun ??

Tamadun Mu, atau La Mu Raya atau Lemuria, merupakan sebuah dongeng berkenaan sebuah benua besar yang hilang di Lautan Pasifik. Ia dipanggil Tamadun Mu kerana bahasa bangsa ini terlalu banyak penggunaan bunyi "me" atau "mu" di setiap permulaan bicara, seperti Muangen = "makan", Muatai = "mati" dan lain lain. Nama Mu digunakan pertama kali oleh [http//en.wikipedia.com/James_Churchward] dalam bukunya "The Lost Continent of Mu Motherland of Man" pada 1926. Ia merupakan dongeng sebagaimana dongengan tentang benua Atlantik dan benua Lemuria di India.
Penemuan binaan susunan batu bawah laut seakan-akan tangga dan tersusun baik walaupun disanggah ilmuan arkeologi yang lain kononnya kebetulan kerana pergerakan kerak bumi. Serta penemuan ukiran tulisan simbolik oleh saintis Jepun di binaan yang tenggelam atau dikenali sebagai Yonaguni oleh dongengan Jepun. Selain itu terdapat juga misteri pembinaan patung-patung menyerupai kepala besar beribu-ribu tan di pulau Easter.
Binaan susunan batu besar kononnya bangunan juga dikaitkan dengan bentuk penyu raksasa dongengan dari Bali, Jawa tentang berlakunya tanda-tanda awal gempa bumi besar. Diteliti sistem Pengangkutan seakan ular atau sistem kereta api yang melingkari meliputi bangunan berbentuk penyu raksasa itu.
susunan batu yang dikatakan berada di dalam laut Tamadun MU

p/s : sejauh mana kebenarannya,, masih lagi tanda tanya~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...