Terima Kasih Semua !

Thursday 21 July 2011

Tarian Poco Poco Haram @ tidak??!!




Salam!!
entry keempat tuk mlm nie,, hehee
yg penting nyer info yer,, huuhuu

Tarian Poco-poco merupakan sejenis tarian beramai-ramai yang berbentuk aerobik dan popular sebagai aktiviti riadah di Malaysia. Bagaimanapun tarian ini menimbulkan pertikaian apabila ia telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari 2011 kerana mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Berita mengenai pengharaman tersebut turut mendapat litupan berita di Indonesia, Qatar, dan beberapa negara lain.
Terdapat dua teori berkenaan asal tarian tersebut iaitu samaada dari Filipina atau Indonesia.
Berdasarkan perkataan "poco" dalam sesetengah kamus merujuk kepada sejenis tarian liar yang dilakukan ketika bersawai dirasuk oleh "semangat leluhur". Ini termasuk istilah Gila Poco ("Pocomania") menurut Encyclopædia Encarta , dan Encyclopædia Britannica.
Tarian Poco-poco mempunyai unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. Tarian Poco-poco juga merupakan turutan langkah pergerakan dari kanan ke kiri dan belakang ke hadapan, (menyerupai salib).
PENTING!!

Keputusan Majlis Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007. Ini berdasarkan bahawa mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan tidak bertentangan agama Islam dan menyerupai agama lain.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu, yang berdasarkan pembabitan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertentangan dengan ajaran Islam, adalah haram.

^_^
p/s : pada aku tu hanya satu jenis senaman tuk keluarkan peluh aje,,, ^_^


4 comments:

  1. pendapat aku la..sekadar senamam..kita bukan taksub pada amalan nya.:))

    ReplyDelete
  2. betul2. exercise. best ape poco-poco. takkan haram pulak. tengok niat lah kan. dulu semangat gila buat poco-poco kat plkn. ade bunga-bunga bagai. siap perform lagi.huhu.

    ReplyDelete
  3. hahahaa~~ wah,, advance nyer poco2 nih,, tol tu,, yg penting niat kita kan nk exercise,,, ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...