Terima Kasih Semua !

Friday 22 July 2011

Jum selidik Ayam KATIK !!

Salam!!
Bantam (Ayam Bantam, Ayam katik atau Ayam kapan) adalah sejenis baka ayam kerdil. Dari segi etimologi, nama bantam diterbitkan dari Bantam, dahulunya adalah sebuah pelabuhan penting di Indonesia. Para kelasi Eropah membeli ayam hidup bagi pelayaran menemui baka tempatan kerdil di Asia Tenggara yang berguna dan baka-baka kecil ini dikenali sebagai ayam bantam.
Kebanyakan baka ayam besar mempunyai pasangan kerdilnya. Baka ini biasanya mempunya saiz satu per lima dari baka standard, tetapi memiliki ciri-ciri serupa dengan baka standard.
Bantam sesuai untuk dipelihara di laman belakang rumah yang kecil kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar sepertimana baka-baka yang lain. Telur ayam Bantam betina bersaiz kira-kira separuh hingga satu per tiga berbanding saiz telur ayam biasa. Ayam Bantam memakan makanan sama seperti ayam-ayam yang lain. Bagi perternakkan komersial, ayam ini diberi makanan berasaskan bijirin kerana ia lebih mudah dan senang didapati.
Bantam kini menjadi terkenal sebagai haiwan kesayangan untuk tujuan pertandingan kerana saiznya yang kecil yang mempunyai pelbagai jenis dan warna bulu dan corak yang menarik. Baka-baka seperti Sebright, Belanda, dan Pekin merupakan baka-baka ayam yang terkenal dan merupakan ayam Bantam asli.
Ayam jantan Bantam juga terkenal di kawasan luar bandar di seluruh United Kingdom dan Amerika Syarikat kerana sifat agresifnya. Ia seringkali dipanggil sebagai "Banty" di kawasan luar bandar di Amerika Syarikat.
Ayam Bantam Old English biasanya digunakan untuk sabung di Eropah. Ia bersaiz kecil dan lebih pantas berbanding ayam jantan biasa yang digunakan sebelumnya.
Bantam memiliki kadar kematian yang tinggi apabila dipelihara sebagai binatang kesayangan di belakang rumah. Ia menjadi sasaran mudah bagi burung helang, kucing, musang dan pemangsa-pemangsa kecil yang lain. Purata umur Bantam yang dipelihara secara lepas-bebas adalah kira-kira 1-3 tahun.
^_^
p/s : comel deyh,,,, ^_^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...