Terima Kasih Semua !

Friday, 22 July 2011

Jum Selidik Ahli Bina Badan !!

Salam!!
Bina Badan merupakan sejenis sukan/gaya hidup untuk membina otot melalui gabungan rutin latihan mengangkat berat, menambah pengambilan kalori, dan rehat. Dalam sukan bina badan, peserta akan mempamerkan bentuk badan mereka kepada hakim yang akan menilai dan memberi mata berdasarkan ciri ciri tertentu.
Pada mulanya sukan ini hanya dipelopori oleh kaum lelaki, namun pada tahun 1980an, kaum wanita mula tertarik untuk terlibat dalam bina badan. Kini, sukan bina badan adalah sama antara kedua dua jantina.
Di Asia, sukan bina badan kelihatan sugul. Ini mungkin disebabkan bina badan memerlukan sumber kewangan yang tinggi disamping adat kesopanan Timur yang tidak menggalakkan keterbukaan seperti di Barat. Namun akhir akhir ini, bina badan mula mendapat tempat di Asia yang mengakibatkan pusat pusat kesihatan gimnasium tumbuh bagaikan cendawan.
Sukan bina badan tidak boleh disalahertikan sebagai sukan angkat berat Olimpik, pertandingan Strongman atau Powerlifting. Ketiga tiga jenis sukan ini mengutamakan kekuatan individu tetapi bina badan lebih menumpukan perhatian kepada penjagaan dan nilai estetik bentuk badan seseorang. Dalam bina badan, bentuk dan saiz adalah lebih penting daripada berat yang boleh diangkat.
Sukan bina badan sebenarnya bermula di India pada abad ke 11. Atlet bina badan India mengangkat batu yang diukir seperti dumbell (dikenali sebagai Nals) sama seperti dumbell moden. Malahan, dikatakan gimnasium yang pertama wujud di India pada tempoh waktu yang sama dan pada abad ke 16, bina badan merupakan salah satu aktiviti harian orang India.
Untuk mendapatkan pertumbuhan otot, ahli bina badan perlu menumpukan kepada tiga faktor:
  • Latihan rintangan berat ( Resistance Weight Training )
  • Diet yang baik, dengan tambahan protien dan makanan tambahan
  • Tempoh rehat yang mencukupi untuk membina otot
ISLAM tidak mengharam atau melarang segala riadah yang dapat membantu umat atau penganutnya mendapat nikmat dari hasil riadah tersebut kepada tubuh badan individu tersebut. Maka, bina badan tidaklah dilarang atau diharam oleh Islam. Apa yang menjadi persoalan ialah tingkah-laku dan kelakuan pengamal sukan ini.
Islam juga menggalakkan penganutnya menjaga badan dan pemakanannya seperti pemikiran ahli sains dan para penasihat makanan didunia. Bina badan dapat membina keselamatan, meningkatkan kesihatan dan pemikiran individu terbabit yang mengamalkannya. Bukan saja mendapat fizikal yang sihat tetapi juga mental yang sihat.Serta dapat membina keyakinan pada individu itu. Sukan atau riadah bina badan ini juga dapat membantu dalam mengatasi masalah kegemukan, ini kerana, bina badan bukannya fokus atau tertumpu kepada pembentukan otot sahaja malah pada keseluruhan badan juga. Pembentukan otot tidak akan terhasil dengan mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu dibantu dengan senaman kardiovaskular.

^_^

1 comment:

  1. Uskan bina badan ni sy tk berapa setuju pasal kena dedah aurat.....kalo untuk kepuasan sendiri OK kot..kena ingat juga supplement utk bina badan ni ade side effect yg tk sesuai utk kaum lelaki..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...