Terima Kasih Semua !

Thursday 21 July 2011

Asal Usul YOGA ??!

(Statue of Shiva performing Yogic meditation)
Salam sumer!!
entry ke 3 tuk mlm nie,, ehehee
sal yoga yer,,, asal usul yoga,,,
Yoga merupakan disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India; matlamat yang dicapai disiplin-disiplin ini; dan salah satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu.
Cabang-cabang yoga utama termasuk Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga, dan Hatha Yoga. Raja Yoga yang disusun dalam Sutra Yoga Patanjali, dan dikenali sebagai yoga begitu sahaja dalam konteks falsafah Hindu, merupakan sebahagian tradisi Samkhya. Banyak lagi kitab hindu yang membincangkan aspek-aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita.
Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit banyak maknanya seperti "menggabung", "menyatukan", "kesatuan", "gabungan" atau "kaedah" serta diterbit dari kata akar yuj, yang bererti "mengawal", "menyangga" atau "menyatukan". Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga  dan asananya (postur) atau bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan (berunsur Hindu]], adalah bertentangan dengan syariat Islam. Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.  Fatwa yang membezakan Yoga berunsur keugamaan Hindu dan Yoga berbentuk fizikal ini telah dipertikai oleh Sisters in Islam (SIS) yang mengkritik tanpa memahami fatwa yang dikeluarkan.
Majlis Fatwa Malaysia telah mengeluarkan fatwa bahawa senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan Hindu boleh membawa kepada kesyirikan dan dengan itu adalah haram. 
^_^

p/s : senam robik lah plak,, haha ^_^

2 comments:

  1. oh yeah? so yoga haram for muslims?

    ReplyDelete
  2. x haram,, haram kalau yoga tu disertai dgn mantera2 lah,, bacaan2 ppe la,, tu x leh,, lau just senaman,, tu boleh,, sama la cam poco2,, hehe ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...