Terima Kasih Semua !

Monday 6 January 2014

Siapa J.K.Rowling ?

( Sumber : google.com)
Nama beliau Joanne Kathleen Rowling dan aku rasa orang Malaysia didedahkan dengan nama J.K.Rowling iaitu seorang wanita yang telah menghasilkan buku Harry Potter daripada siri yang pertama sehingga ketujuh. Aku juga percaya, ramai yang menganggap J.K.Rowling ini adalah nama seorang lelaki. Kalau sekali pandang ianya seperti nama seorang lelaki. Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, Bristol, England.


1.0 KESUSAHAN

Nak dijadikan cerita, aku tertonton sebuah cerita berkonsepkan biography J.K.R ni. Cerita tersebut menceritakan kesusahan dan dugaan yang perlu dilalui J.K.R sepanjang kehidupannya sebelum beliau mula berjaya. Bermula dengan kehidupannya di Portugal. Beliau berkahwin di portugal dan bercerai disana juga. daripada cerita yang aku lihat, bekas suaminya itu seorang yang pemabuk dan panas baran. Akhirnya, J.K.R membuat keputusan untuk meninggalkan suaminya. Beliau berhijrah ke Edinburgh bersama anak perempuannya yang pada ketika itu masih lagi bayi. (Jessica).

2.0 PENGANGGUR

Beliau tidak mempunyai kerja, tidak mempunyai duit yang cukup, tidak mempunyai kemudahan yang cukup untuk membesarkan anaknya. yang beliau ada pada ketika itu ialah anaknya dan skrip cerita yang beliau karang. Beliau ada pergi memohon bantuan keewangan daripada kerajaan semata-mata untuk membesarkan anaknya. Beliau juga ada merayu kepada tuan rumah yang beliau sewa semata-mata untuk memberikan anaknya perlindungan yang pada mulanya tidak membenarkan J.K.R tinggal disitu.

3.0 MULA MENYINAR

Aku tidak pasti samada seorang lagi watak dalam kisah hidup J.K.Rowling itu adalah kakanya atau adiknya. namun, kerana kakak/adik itulah, J.K.Rowling menghabiskan penulisan yang telah dia mulakan. "Kenapa awak tak habiskan (x buat penutup cerita) ??" "owh,, saya takut untuk habiskan... takut tiada siapa dapat terima cerita yang saya hasilkan.." Awak tak perlu takut, cerita yang awak hasilkan adalah satu keajaiban..

4.0 MENGORAK LANGKAH
J.K.Rowling pada ketika itu telah pun mendapat kerja sebagai seorang guru. Dalam masa yang sama, beliau terus mengarang dan berhasrat menghabiskan karya pertama beliau, ( Harry Potter And The Sorcerer's Stone) setelah siap apa yang beliau karang, beliau mencari agen yang akan mewakili beliau untuk dihantar kepada "publisher" pada ketika itu. Nasib beliau pada ketika itu adalah tanda tanya.

5.0 AGEN
Cerita yang dikarang olehnya telah dibaca oleh seorang agen wanita disebuah syarikat. Agen tersebut telah membacanya dan memberikan skrip cerita tersebut kepada bos syarikat tempat dia bekerja. Bos tersebut menolak mentah-mentah skrip cerita itu dan mengatakan bahawa cerita kanak-kanak tidak mendapat sambutan di Amerika, lebih-lebih lagi penulisnya adalah seorang wanita/perempuan. Namun, agen wanita itu mengugut bos tersebut dengan mengatakan " kalau awak tak baca, saya letak jawatan.." maka, bos tersebut membacanya.

6.0 DITOLAK DAN DITERIMA
Pada mulanya, skrip buku cerita tersebut dihantar kepada 12 syarikat publisher serata tempat. dan kesemuanya menolak penerbitan buku tersebut. Namun, atas kebijaksaan dan sikap tidak berputus asa bos yang menguruskan skrip buku cerita J.K.R itu, akhirnya satu syarikat penerbitan yang baru bersetuju untuk menerbitkan buku tersebut.  Tidak salah, dalam 500 buah buku telah dihasilkan dan dipasarkan. Tersenyum J.K.Rowling apabila melihat cek royalti yang dia terima. katanya, " duit bukanlah apa yang saya cari, tapi cerita yang saya karang telahpun dibaca oleh orang ramai".. 

7.0 KEGEMILANGAN
Semakin hari bukunya semakin diterima ramai. Penerbit buku mula mencari dan mengedarkan buku Harry Potter pertama itu dalam bilangan yang banyak. Kejayaan yang dicari sudah dapat digenggam. Sehinggalah cerita itu mula difilemkan. Maka keluarlah filem Harry Potter dan dapatlah kita semua melihat dengan mata kasar tahap imaginasi J.K.Rowling selama beliau mengarang buku tersebut tidak kira tempat dan masa. (beliau mula mengarang dengan menulis tangan diikuti mesin taip samada di kedai kopi mahupun rumah setelah beliau balik daripada kerja)

8.0 KESIMPULAN
Pada pendapat aku, kesusahan yang J.K.Rowling tanggung semasa bersama dengan bekas suaminya dan semasa membesarkan anaknya membuatkan beliau semakin kuat. Tidak kenal apa erti putus asa dan beliau buat apa yang beliau suka. InsyaAllah, kalau kita ambil bahagian yang baik dari kisah hidup dia , kita juga boleh berjaya. Orang tua-tua kata, bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. :)

dah kenal siapa J.K.Rowling? aku rasa ramai lagi tokoh yang berjaya kat dunia ni.. nanti aku cerita kisah lain pula.. mana yang baik jadikan iktibar.. semoga kita sentiasa dilindungi dan dipermudahkan olehNya.. 

Amin........

Assalam.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...