Terima Kasih Semua !

Tuesday 18 October 2011

Tahukah anda?? #Sistem Penghadaman

Salam!!
sihat semua??
harap-harap sihat la yer,, ehhehe
korunk semua mesti dah selalu sangat dengan gejala2 sakit perut,, sembelit mahupun cirit birit kan,,
korunk mesti anggap perkara biasa je kan,,
untuk pengetahuan sume,, perkara ni leh jdi serius k,,
boleh mengancam nyawa.. huuu

Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat.
Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman.

Untuk memastikan kesihatan sistem penghadaman anda berada pada tahap optimum, anda boleh mencuba petua yang disyorkan oleh Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia:

*Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. Bagaimanapun, pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan!

*Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

*Makan lebih banyak ikan, sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

*Pilih daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

*Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

*Ambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

*Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

*Aktiviti dan gaya hidup sihat


Cara berikut dapat membantu anda memastikan sistem penghadaman anda bekerja secara optimum:


1. Kurangkan Tekanan

2. Kekalkan BMI

3.hadkan pengambilan minuman beralkohol (pd yg minum)

4. BERHENTI MEROKOK

insyaAllah sihat tubuh badan ^__^
^_^

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...