Terima Kasih Semua !

Thursday, 4 August 2011

Kejam la weh main potong2 +_+




KUALA LUMPUR: Badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian dijumpai dalam dua beg plastik di Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, Ampang dekat sini Rabu.
Beg plastik yang mengandungi keratan tangan dan kaki itu ditemui di atas siling tandas sebuah unit pangsapuri yang tidak dihuni sejak 10 tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Amiruddin Jamaluddin berkata polis bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima aduan penduduk yang menemui kaki kiri manusia di anjung pangsapuri itu pada pukul 2 petang.
"Bahagian badan manusia itu dipercayai dipotong dengan objek tajam sebelum dibungkus dengan plastik," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut di pangsapuri itu, polis dengan dibantu Unit Patalogi Hospital Ampang menemui usus dan perut manusia dalam mangkuk tandas dalam unit itu.
Polis menemui bahagian lain tubuh manusia yang telah dipotong di atas siling bilik air berkenaan, katanya.
Amiruddin berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa, yang dipercayai dibunuh kira-kira seminggu lepas. - BERNAMA

4 comments:

  1. time tgk berita td ngeri jer... kalah MONA FENDI.. lg kejamm..

    ReplyDelete
  2. hurmm,, tu la,, npk kaki je tdi,, errr,,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...