Terima Kasih Semua !

Thursday 4 August 2011

Bila Cikgu Ajar Kata Berlawanan,, Huru Hara Satu Kelas !! ^^

Salam! first skali,, popoi wat entry nie berdasarkan pembacaan popoi dlm satu web tntang lawak,,
mmg lawak! kredit to Krullizme
tujuan popoi hanya nak berkongsi...

Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?

Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh

orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh

bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua

masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera Cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.

Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan

berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,

kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi

perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

p/s : harap cikgu2 jgn kecik hati,, humor semata2,,, ^^

24 comments:

  1. hahaha,... jenuh kalau ada kes mcm cerita di atas bro

    ReplyDelete
  2. hahaa~~ tau x per,, ^^ semput cikgu,,

    ReplyDelete
  3. hahahah . lawak kot . penat gelak . haha

    ReplyDelete
  4. kah kah kah kah.. sengal..!! mati kalau dapat anak murid yang terlebih pandai mcm nihh.. kah kah kah kah... aku gelak sambil guling2 nihh..

    ReplyDelete
  5. adeh..
    takotnye mak jd cikgu..
    tu la pasal ak jd engineer ni..
    hehehehe

    ReplyDelete
  6. padan muka cikgu tu..hamek kau! hehe

    ReplyDelete
  7. hahaha..naseb rrr cikgu tu dpt anak murid yg terlalu mendengar kata

    ReplyDelete
  8. haha~~ ramai pulak yang terguling guling~~ hehehe ^_^

    ReplyDelete
  9. kalau aku dapat anak murid macam ni pengsan

    ReplyDelete
  10. hehe... budak2 skarang mmg bnyk yg wise crack~ x mustahil juga ni~

    ReplyDelete
  11. haha~ sakit jiwa la dpt anak murid mcm tu..

    ReplyDelete
  12. hahahahahahha....lawak beb!!!

    ReplyDelete
  13. nak copy ye...aku nak simpan blog..payah nak dpt lawak natural cmnie...

    ReplyDelete
  14. tu la...aku tak sanggup nak jadi cikgu...xlarat nak layan anak murid yg terlebih pandai dari cikgu

    ReplyDelete
  15. hahaha~~ bdak2 skunk ligat2 woo,, mati cikgu dikerjakan,, +_+

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...