Terima Kasih Semua !

Tuesday, 19 July 2011

Mari Kenali Saadiah !!

Salam!!
ayat pertama aku nk tulis,,, AKU SUKA PRIMADONA INI BERLAKON!!
serius aku suka!!! ^_^
korunk knal ker dia sape??
meh aku cter ckit yer,,, ehhee
Satya Baharom atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan salah seorang bintang dan pengarah filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Saadiah dilahirkan di Tanjung Katong, Singapura pada 10 Ogos 1937.
Beliau merupakan seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee. Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharom (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B S Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah JuwitaAnjoran NasibSedarahPenarek BechaHang TuahSemerah PadiSarjan HassanMusang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.
Filem terakhir lakonan beliau adalah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noor Kumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.
Beliau telah berkahwin dengan Datuk Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah Ahmad Daud. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.
Beliau pernah mendapat Anugerah Seniwati Veteran di Festival Filem Malaysia ke-12 pada tahun 1995.
  • Seniwati Melayu Pertama membawa watak ejen perisik dalam Nora Zain - Ejen Wanita 001 yang menjalani penggambaran di Hong Kong pada 1966. Sebelum itu beliau berpeluang menjalani penggambaran di Jepun dalam filem Melancong Ke Tokyo (1965).
  • Muncul sebagai Pengarah Filem Wanita Melayu Pertama melalui filem Ceritaku Ceritamu (1979).
^_^
sedekahkan Al Fatihah pd beliau yer kwn2,,,

p/s : nseb bek mak aku x bgi jdi pelakon,, lau x,, hehehehe ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...