Terima Kasih Semua !

Friday 22 July 2011

Jum selidik Sindrom Asperger !!

Salam!!
Sindrom Asperger atau masaalah Asperger adalah kecacatan neurobiologi yang dinamakan sempena pakar perubatan Viennese, Hans Asperger, yang menerbitkan kertas kerja pada tahun 1944 yang menggambarkan pola perlakuan pada beberapa pemuda yang mempunyai perkembangan bahasa dan kecergasan normal, tetapi turut menunjukkan tabiat seperti autisma dan kekurangan jelas dalam kemahiran komunikasi dan kemasyarakatan. Walaupun kertas kerjanya diterbitkan pada 1940-an, ia hanya pada tahun 1994 Sindrom Asperger ditambah kepada DSM IV dan hanya beberapa tahun kebelakangan Sindrom Asperger diakui oleh ibubapa dan pakar perubatan profesional.
Dr. Hans Asperger, pakar perubatan yang mana sindrom tersebut dinamakan untuk beliau.
Dr. Asperger menggambarkan pesakit muda beliau sebagai "profesor kecil".
Mereka yang mempunyai Sindrom Asperger menunjukkan pelbagai ciri-ciri dan masaalah ini berlainan dari serdahana sehingga teruk. Mereka dengan Sindrom Asperger menunjukkan kekurangan dalam kemahiran kemasyarakatan yang jelas, mempunyai masaalah dengan perubahan dan cenderung kepada suasana yang serupa. Mereka sering mempunyai kebiasaan yang sama dan asyik dengan sesuatu perkara. Mereka menghadapi masaalah membaca petunjuk bukan kata (gerak badan) dan sering kali mereka dengan Sindrom Asperger menghadapi masaalah menentukan ruang jarak badan dengan orang lain. Mereka juga biasanya sensitif kepada bunyi, rasa, bau, dan cahaya, seringkali gemarkan kain lembut, makanan tertentu, dan terganggu dengan bunyi atau cahaya yang tidak disedari orang lain. Ia adalah penting bagi menyedari bahawa mereka dengan Sindrom Asperger melihat dunia dengan sudut pandangan yang berlainan sama sekali. Dengan itu kebanyakan tabiat yang kelihatan pelik atau luar biasa biasanya disebabkan oleh kelainan neurological dan bukannya tabiat buruk yang sengaja atau kurang ajar, dan sudah pastinya bukan disebabkan oleh "didikan yang salah".
Secara takrifan, mereka dengan Sindrom Asperger biasanya mempunyai IQ biasa dan kebanyakan individual (walaupun bukan semua), menunjukkan kemahiran atau bakat menonjol dalam bidang tertentu. Disebabkan kelebihan mereka dan perangai betul bendul, mereka sering dilihat sebagai pelik dan mudah menjadi mangsa ejekan atau dibuli. Sementara perkembangan bahasa kelihatan, pada luaran, normal, pengidap Sindrom Asperger seringkali mempunyai masaalah dalam pragmatik atau paradoks. Perbendaharaan kata mereka amat luas dan sesetengah mereka kedengaran seperti "pensyarah kecil." Tetapi pengidap Sindrom Asperger amat lurus dan menghadapai masaalah mengendali bahasa dalam konteks kemasyarakatan.

Pada masa kini terdapat perdebatan panjang lebar mengenai di mana pengidap Sindrom Asperger patut diletakkan. Pada masa kini ia dianggap sebagai masaalah spektrum autism. Sesetengah golongan profesion merasakan pengidap Sindrom Asperger sama seperti Autism Fungsi Tinggi, sementara yang lain merasakan ia adalah lebih baik menggambarkannya sebagai Kecacatan Belajar Bukan Verbal. Ciri-ciri Sindrom Asperger banyak menyamai Kecacatan Perkembangan Tegar PDD-NOS (Pervasive Developmental Disorder), HFA, dan NLD dan kerana ia hampir tidak diketahui sehinga beberapa tahun dahulu, ramai pesakit samaada menerima diagnosis salah atau tidak diagnosis. Sebagai contoh, adalah biasa bagi kanak-kanak yang pada awalnya di diagnosis sebagai ADD atau ADHD di diagnosis semula sebagai Sindrom Asperger. Tambahan pula, sesetengah individual yang pada asalnya di diognasis sebagai HFA atau PDD-NOS kini didiognasis semula sebagai Sindrom Asperger. Dan ramai individual diberikan diagnosis berkembar sebagai Sindrom Asperger dan Autism Fungsi Tinggi.

^_^
p/s : info2~~ 

2 comments:

  1. sindrom asparagus ade x? hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahahaa~~~ asparagus er?? jap2,,, seaching,,, lalalala

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...