Terima Kasih Semua !

Saturday 30 July 2011

Jum Selidik Pulau BORNEO !!




Salam!!
Borneo (bahasa melayu: Borneo, bahasa Indonesia: Kalimantan) merupakan PULAU ketiga terbesar di dunia. Pulau ini dikongsi oleh tiga negara: Brunei,,Malaysia (Malaysia Timur) dan Indonesia (Kalimantan). Ia diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli Dayak, dan orang-orang Cina yang awalnya berhijrah dari China tenggara.
Sebelum perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina. Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan banjar.
Pada awal serangan Jepun di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo namun begitu ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. Pihak Amerika Syarikat telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila. Walaupun usaha tidak mendatangkan buah namun jelas keberanian dan pengorbanan pada tanahair tetap bersemarak di kalbu setiap pejuang. Ini menggambarkan satu kualiti dan simbol kebanggaan selamanya.

Jumlah Penduduk  di Pulau Borneo pd tahun 2008.
PeringkatBandarPopulasiNegara
1KuchingSarawak632,505Malaysia
2BanjarmasinKalimantan Selatan598,518Indonesia
3Kota KinabaluSabah543,765Malaysia
4PontianakKalimantan Barat466,090Indonesia
5SandakanSabah453,759Malaysia
6BalikpapanKalimantan Timur453,575Indonesia
7Bandar Seri Begawan388,190Brunei (ibu negara)
8SamarindaKalimantan Timur356,034Indonesia
9TawauSabah354,243Malaysia
10MiriSarawak257,305Malaysia
11SibuSarawak180 000Malaysia

P/s : nk p indonesia lah,,, jln2,, ^_^




   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...