Terima Kasih Semua !

Thursday 21 July 2011

Jum selidik penyakit KENCING MALAM aka ENURESIS !!

Salam!!
Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak hingga golongan remaja akil baligh dan golongan warga emas yang sudah lanjut umurnya. Enuresis sering berlaku ketika mereka sedang tidur khususnya pada waktu malam, namun perkara ini kadangkala turut berlaku pada waktu awal pagi atau pada tengah hari dan petang. Pada kebiasaannya istilah ini dikhususkan kepada mereka yang cukup besar untuk mengawal pengencingan,dan tidak bagi golongan kanak-kanak bawah umur.
Enuresis juga pernah dilaporkan terjadi akibat beberapa kondisi penyakit lain misalnya akibat penyakit serangan bacteria pada pundi kencing atau kegagalan otak atau system saraf yang mengawal aktiviti berkaitan alat kelamin. Ada juga kes yang mengaitkan Enuresis dan masalah emosional dan personaliti. Terdapat sebilangan kes yang melibatkan perasaan yang banyak berlaku kepada lelaki, mereka yang telah bermimpi basah lalu mengeluarkan air mani atau memaksa air mani mereka keluar ketika beronani, mereka akan mudah berasa hendak membuang air kencing, namun akibat kepenatan mereka akan terus tertidur dan menyebabkan pundi kencing mereka tidak mampu untuk mengawal peningkatan kapasiti air kencing yang banyak, lalu mereka pun terkencing sedangkan mereka tidur.
Sebab musabab utama yang dikenal pasti mempengaruhi kewujudan penyakit ini adalah:
  • Kegagalan mengawal pundi kencing dan pengaliran air kencing. Kebayakannya berlaku pada warga emas, kerana system kawalan pengaliran air kencing mereka sudah semakin lemah.
  • Pening dan keresahan. Misalnya takut ke bilik air untuk membuang air kecil.
  • Emosi.
  • Kegagalan dalam mempraktikkan kawalan dan latihan air kencing yag mapan dan betul.
  • Mentaliti pembuangan air kencing tidak bersepadu. Misalnya, kebanyakan pesakit dari kalangan kanak-kanak menyangka diri mereka sedang membuang air kecil di tandas, padahal mereka sedang bermimpi sahaja. Apa yang sebearnya berlaku mereka sedang kencing diatas tilam.
  • Infeksi jangkitan bacteria pada pundi kencing.


^_^
p/s : basuh kaki sebelum tidur,,, ehhehe



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...