Terima Kasih Semua !

Friday 22 July 2011

Jum berkenalan dengan HANTU JEPUN !!!

Salam!!
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan malaysia.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah Berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.
Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.
Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.
Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
^_^

p/s : tringat citer sini ada hantu!! ahahaha

3 comments:

  1. sekolah lama aku dulu ada orang penah nampak hantu Jepun berkawad kat padang...selmt la aku tak jumpa...huhu

    ReplyDelete
  2. dulu time sek slalu jugak dgr psl hantu jepun kt pdg sek.. haishhh asal sume sek ade hantu jepun..

    ReplyDelete
  3. hushh~~ yer ker??? nseb bek aku x pnah,, heehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...