Terima Kasih Semua !

Friday 29 July 2011

IMBAS BERITA : LELAKI AUSTRALIA 90 TAHUN DIDAKWA ROGOL 4 BERADIK !!

BANGKOK 30 Jun - Seorang lelaki warga emas Australia berusia 90 tahun didakwa mengurung empat adik-beradik perempuan rakyat tempatan secara haram dan merogol mereka di rumahnya di utara Thailand.
Suspek dikenali sebagai Joseph Kraus Karl ditahan di rumahnya di Chiang Mai semalam selepas polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak terlibat.
Budak perempuan tempatan yang menjadi mangsa berumur tujuh, 11, 12 dan 14 tahun itu, mendakwa dicabul berulang kali selepas dipelawa melawat kediaman Karl pada 2008.
"Pada awalnya dia menafikan semua tuduhan dan hanya mahu memberi keterangan di mahkamah," kata Kolonel Kritapol Yeesakorn.
Karl yang berhadapan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dilahirkan di Berlin sebelum mendapat kerakyatan Australia, namun polis berkata, dia 'telah lama' menetap di Thailand atas visa pesara. - AFP

^_^

p/s : nafsu kuda tol! ahahhaha ^^

8 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...