Terima Kasih Semua !

Sunday 24 July 2011

Apa itu Bersin !!

Salam!!
Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.

Unsur biologi

Bersin merupakan tindak balas penyesuaian kerana ia menyingkir hingus yang mengandungi zarah atau gangguan asing dan membersihkan rongga hidung. Semasa bersin, lelangit ("palate") lembut dan uvula lendut sementara belakang lidah menaik bagi menutup separa laluan ke mulut agar udara yang disingkirkan dari paru-paru boleh dikeluarkan melalui hidung. Oleh kerana penutupan muluh adalah separa, sejumlah besar udara ini biasanya turut dikeluarkan melalui mulut. Kekuatan dan tahap penyingkiran udara melalui hidung berbeza.

Langkah pencegahan

Contoh langkah pencegahan adalah: menghembus sepenuhnya keluar udara dalam paru-paru yang jika tidak akan digunakan bagi bersin, menahan nafas sambil mengira sehingga sepuluh, mengerut hidung dan mengekalkan mata terbuka, atau memicit perlahan batang hidung selama beberapa saat.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan bersin biasanya nasihat bagi mengurangkan interaksi dengan pencetus, seperti menyimpan haiwan peliharaan di luar rumah bagi mengelakkan bulu haiwan tersebut; memastikan penyingkiran kotoran dan habuk secara berterusan dan tepat pada masanya melalui penjagaan rumah yang baik; menukar penapis bagi pendiang api dan unit pengendali udara; peranti penapis udara dan pelembap "humidifier"; dan mengelakkan dari zon perindustrian dan pertanian. Sesetengah orang bagaimanapun mendapati bersin menyeronokkan dan tidak ingin mengelakkannya.

Kejadian dan amalan sejarah

Ketika zaman Yunani, bersin di anggap isyarat ramalan dari dewa Yunani. Sebagai contohnya, pada 401 BC, Jeneral Athens, Xenophon memberikan ucapan menggesa tenteranya untuk berjuang menentang Empayar Parsi. Seorang tentera menamatkan penutupnya dengan terbersin. Memikirkan bahawa bersin ini merupakan isyarat baik dari para dewa Yunani, tenteranya kagum. Satu lagi saat suci bersin bagi Yunani berlaku dalam kisah Odysseus. Isterinya yang menanti, Penelope mendengar bahawa Odysseus mungkin masih hidup, berkata bahawa dia dan anaknya akan membalas dendam kepada pelamarnya sekiranya dia kembali. Pada ketika itu, anaknya bersin dengan kuat dan Penelope ketawa dengan girang, pasti bahawa ia merupakan tanda dari para dewa. 
^_^

p/s : bersin pun ada sejarah kan,, ahahhaa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...