Terima Kasih Semua !

Saturday 16 July 2011

Artis Serantau Paling Popular APM !!

Salam!! hehehehe
Tahniah Dato CT yer,,,
terbaekkkk~~~ ^_^
sape ct?? mehh cni mehh,,,
bce biodata ct ckit,,,


Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.
Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun,beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa. Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara lagu Ke 10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.
Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.
Tabik lu la!!

husshhh,,,, ^_^

p/s : lau kita berusaha,, insyaallah rezeki ada dimana-mana kan,,,
yg penting jgn ptus asa!! ^_^ 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...