Menurut Aida, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika suaminya bersama ahli keluarga lain mandi bersama gajah apabila haiwan itu tiba-tiba merebahkan badan.
Menurutnya, suaminya yang tidak sempat melarikan diri, dihempap gajah berkenaan pada kaki kanannya, tetapi Yusazaly melepaskan diri dan berenang ke tepian untuk menyelamatkan diri.
Katanya, beberapa minit kemudian suaminya berasa sakit dan tidak selesa untuk berjalan, tetapi menyangka kaki hanya terseliuh.
“Dalam perjalanan pulang ke Kuantan, suami meminta adik saya memandu kerana tidak tahan menanggung kesakitan lalu kami membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk pemeriksaan.
“Kami dimaklumkan tiga jari kaki kanan suami patah akibat dihempap gajah berkenaan menyebabkan dia tidak dapat bekerja selama dua minggu,” katanya yang ditemui di Indera Mahkota, semalam.
Menurutnya, susulan itu, dia menghubungi pengurusan Kuala Gandah untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan yang dianggapnya cuai menjaga haiwan ketika acara berkenaan.
sumber : myMETRO
bahaya gila.. patah jari kaki tu
ReplyDeletetu la,,, nseb bek jari jerp,,,, +_+
ReplyDeleteeee menyeramkan..
ReplyDelete+_+
ReplyDeleteerr..
ReplyDeleteJANGAN SALAHKAN GAJAH DAN PENJAGA GAJAH TU... ACARA MANDI TU MMG BAHAYA, DAH TAU RISIKO SO TANGGUNG SENDIRI LE
ReplyDelete